Belajar

Seperti kebiasaan anda perlu mendapatkan aplikasi yang boleh membuka Video berformat MKV. Anda boleh dapatkan aplikasi tersebut disini Aegisub 3.2.2. Setelah memasang sepenuhnya, anda boleh buka video berformat MKV yang mengandungi terjemahan dari sesiapa sahaja. Untuk memastikan video tersebut mengandungi terjemahan atau tidak. Ia boleh dikenal pasti apabila anda memainkan video tersebut. Paparan seperti dibawah :



Setelah selesai semuanya, buka video tersebut menggunakan Aegisub dan muatkan terjemahan sepert gambar dibawah :



Dan akan keluar satu kotak ajaib seperti gambar dibawah :



Dan tekan "No" bermaksud "Tidak" dan anda akan lihat seperti dibawah :



Anda boleh menukarnya jika melihat atau terdapat kejanggalan pada dialog tersebut dan jangan lupa meletak tag seperti PUB atau PUBLIC pada ruang efek. Contoh boleh dilihat dibawah :



Setelah itu anda boleh menyimpannya (Save).



Anda boleh hantarnya kepada kami setelah anda selesai semuanya.

Soalan yang sering di tanya.

S. Apa yang perlu saya lakukan? Adakah perlu menukar semuanya?
J. Tidak. Anda tidak perlu melakukan keseluruhannya. Cuma hanya beberapa kanser mata.

S. Perlukah saya melakukan keseluruhan episod?
J. Tidak. Cuma beberapa episod mungkin terdapat kejanggalan pada dialog.

S. Adakah Batch begitu penting?
J. Ya. Bagi peminat-peminat yang ingin membuat koleksi mereka dan seperti kami juga. Selalunya jenis Pengumpul Anime.

S. Adakah Grup luar membuat batch?
J. Ya. Batch ada 2 kategori jika dahulu setiap fansub melakukan beberapa pembetulan dengan digantikan seperti contoh Episod 01v2 dan sekarang Batch diletakkan dalam satu folder tanpa membetulkan sebarang kesalahan (ia diasaskan oleh sekumpulan peminat anime yang tidak tahu apa itu fungsi Batch) sebenarnya ia bukan sekadar meletakkan dalam satu folder tetapi membetulkan beberapa kesalahan serta penambahbaikan. Dibawah adalah paparan skrin dimana fansub yang mempunyai pengalaman akan buat seperti dibawah :



Nota: Saya kaburkan, oleh kerana orang di malaysia hatinya berbeza-beza saya tidak mahu terjadi apa-apa pada mereka.

Dan pada generasi baharu akan terjadi seperti ini :




Sebab itu keluaran fansub begitu lambat dalam segala aspek.

S: Apakah paling penting sebelum diserahkan Skrip asal kepada pemilik?
J: CPS. Karakter Per Saat. Jika terlalu merah, dengan melebihi 19 Cps penonton tidak akan sempat membacanya, jadi anda perlu meringkaskan dialog tersebut supaya mudah dibaca oleh semua.